Saturday, September 17, 2011

Perkataan hari ini ialah: Jo dan Kita


Ah, ini lagi satu cerita pasal Sabri dan Harlod. Perkara ini berlaku beberapa bulan lalu...*bunyi flashback*

Saya dapati, Harlod mula memanggil Sabri sebagai ‘Jo’ dan sebaliknya. Seperti ini:-

Harlod kepada Sabri: Mari kita pigi makan, Jo.

Atau

Sabri kepada Harlod: Jo, ko suda antar tu kerja?

Memandangkan sebelum ini Harlod tidak pernah menggunakan ‘Jo’ saya membuat kesimpulan bahawa sudah pasti dia mempelajarinya dari Sabri. Oleh itu saya bertanya apa maksud ‘Jo’ dengan Sabri. Menurutnya, ‘Jo’ seperti nama gelaran kepada orang lain (selalunya lelaki) untuk memanggilnya. Ini sungguh memudahkan keadaan bilamana seseorang itu tidak tahu nama sebenar orang yang disapanya itu. “oh?” kata saya ,”kenapa saya tidak pernah dengar selalu?”. Terang Sabri, “Pasal ‘Jo’ selalunya digunakan di area-area Sandakan begitu.

Saya simpulkan bahawa ‘Jo’ ni seperti perkataan orang putih “Bro” atau orang Semenanjung guna “Macha”. Lebih senang difahami kalau begini. Rasanya ini lebih sopan dan tidak menyinggung mana-mana pihak pasal ia sedia maklum digunapakai secara umum.
Sekadar Hiasan

Sebut pasal sopan, kadangkala, orang Sabah akan membahasakan diri menggunakan kata ganti nama diri- “kita” supaya lebih sopan. Seperti ini:

En. A: Kita mau pigi mana?
Cik. B: Pigi sana *tuding jari*

Oleh kerana semua orang Malaysia sudah belajar BM sejak kecil, kita semua tahu bahawa cara penggunaan perkataan ini salah. Jadi ia telah mewujudkan satu fenomena baru iaitu satu lawak ‘niche’ khas untuk situasi ini sahaja. Contoh:

En A: Apa nama kita?
Cik B: Tida tau. Tapi nama SAYA Cik B.

atau

En. A: Kita mau pigi mana?
Cik B: Saya tidak tau KITA mau pigi mana. Tapi SAYA mau pigi sana. KAU pigi la mana-mana.

Rasanya, En. A betul-betul ada suatu perasaan yang kuat mau terajang Cik B masa ni kan?

Oleh itu, bagi mereka yang tidak biasa mendengar “Jo” dan “kita” digunakan seperti ini, jangan terkejut lagi selepas penerangan ini. Malah, anda boleh mencubanya sendiri.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment