Thursday, September 15, 2011

Hello semua!


Baru-baru ini, teman sepejabat, juga salah seorang rakan baik saya menyatakan hasratnya untuk membaca blog saya tetapi dalam BM. 

(Nota: Saya masih tidak pasti samada BM tu Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia.)

Bagaimana ini boleh berlaku? Ini adalah akibat daripada satu blog yang saya tulis sebelum ini demi menyertai satu pertandingan online untuk memenangi sebuah buku. Saya tidak menang, tetapi tidak mengapa. 
Saya dapati dia sangat terhibur dengan cara penulisan saya. Katanya seperti pasangan berdua “Paku dan Belacan” (Iaitu seperti orang putih yang baru belajar BM…rasanya) 

Walaupun saya orang Malaysia dan anak jati Sabah, rupanya jika saya mula menulis dalam bahasa kebangsaan ini bunyinya tidak seperti orang tempatan….*keluh* Rasanya sudah lama tidak menulis karangan BM jadi sudah seperti berkarat lagi kaku. Tatabahasa ada tetapi nuansa yang membezakan dan mencirikan seseorang itu tiada. (Dulu masa baru berkenalan dengan Chella pun dia tidak pasti saya orang mana =__=)

Jadi walaupun Chella mencadangkannya secara berseloroh, saya membuat blog ini kerana seronok melihat telatah dia apabila membaca hasil nukilan saya. Lagipun mana tahu, BM saya akan lebih ‘lembut’ dan menyerupai orang tempatan.

Rasanya selepas ini catatan saya semuanya akan merepek sahaja, jadi sabar saja la ya.

Kata akhir: Chella, ini untuk awak!
Dia! Dia yang ketawakan saya!

p/s Apabila saya nyatakan hasrat saya ini kepada Ganaesh, dia pun bersetuju dengan Chella. Dia kata BM saya ‘is grammatically correct and like reading book kind of Malay”/sangat baku dan seperti membaca sejenis buku dalam BM/ 

Kamu semua ni ah! *goncang buku lima*

1 comment:

  1. serius memang menarik kamu menggunakan bahasa melayu. ya bahasa melayu bukan bahasa malaysia. eh? ok kamu sudah buat saya pun konfius.

    teruskan menulis. cara penulisan yang sangat comel.

    ReplyDelete