Friday, September 16, 2011

Perkataan hari ini ialah: Aku


Ada lagi satu rakan sepejabat saya bernama Sabri. 
Dia rasa saya dan Chella ‘pelik’ kerana apabila kami bertutur kami tidak membahasakan diri sebagai ‘aku’ tetapi ‘saya’. Ini mungkin side effect..eh kesan sampingan dari menuntut di Semenanjung (Malaysia). 

Nota: Chella belajar di UUM (Kedah) dan saya di UiTM (Selangor)

Rasanya jika kami membahasakan diri sebagai ‘aku’ dan memanggil orang lain sebagai ‘kau’ (seperti kebiasaannya di Sabah) semasa kami berada di Semenanjung, kami akan di tegur sebagai ‘kurang ajar’.  Secara tidak disedari kami mula menggunakan ‘saya’ dan ‘kamu’. Oh mungkin tidak, jika saya, saya akan menggunakan ‘awak’. 

Anyway..eh bukan..Jadi, Sabri berasa kami perlu cuba menggunakan ‘aku’ pabila bertutur dengan didengari oleh rakan-rakan sepejabat yang lain.
Jadi kami cuba.

Chella: Aku rasa aku mau pulang sudah ni. Kau tidak mau pulang Cherane?
Saya: Bah, aku pun..mau pulang.

Pada masa ni kami sudah tidak tertahan dengan ketawa yang berdekah-dekah.
Saya rasa, bukan kami pelik tidak menggunakan ‘aku’ tapi lagi pelik bila kami menggunakan ‘aku’.
Ini kucing. Tiada kaitan dengan blog.


Selamat Hari Malaysia! :)

No comments:

Post a Comment